Rabu, 17 Mei 2017

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN

: Zahir maju interprise

: Kg chepir , jalan berapit 14000 bukit mertajam , pulau pinang

: 0195746903

: demotuoretuo@gmail.com

TEMPAT PENGINAPAN YANG ADA DI PULAU PINANG

1. Neo+ Hotel, Georgetown, Pulau Pinang


                                                                                                                                   Dengan dengan beberapa shopping mall, Neo+ Hotel menawarkan bilik penginapan yang selesa dengan design menarik untuk keselesaan tetamu-tetamunya. Terdapat 1 katil bersaiz Queen dan 1 single bed untuk family room. Wifi percuma dan tempat meletak kereta juga disediakan. 

Apa yang menarik, selain bilik penginapan, Neo+ Hotel juga dilengkapi kolam renang outdoor di bahagian rooftop dan juga gym. Jadi, anak-anak boleh berseronok di kolam renang ini semasa percutian keluarga anda. Di samping itu, jika anda mahu, anda juga boleh memilih bilik beserta sarapan di hotel ini. 



sumber:http://1duniaanakku.blogspot.my/2016/09/hotel-menarik-pulau-pinang-murah-selesa.html?m=1



AKTIVITI - AKTIVITI MENARIK DI PULAU PINANG

Tempat membeli belah menarik di penang



image
                               
                             Pasar Malam Batu Feringgi


Pasar Malam Batu Feringgi – Sebuah pasar malam yang menjual pelbagai barangan cenderhati seperti keychain, pakaian, kraftangan dan sebagainya. Terletak di Batu Feringgi dan tidak jauh dari Pantai Tanjung Bungah. Satu tempat menarik di Pulau Pinang untuk shopping cenderahati sambil-sambil makan malam di sini.
Bazar Chowrasta – Popular sebagai tempat untuk membeli bahan makanan terutamanya asam dan jeruk-jeruk.
Pasar Pagi Stadium Negeri – Terletak di Jalan Stadium , pasar pagi ini seolah-olah seperti Memory Lane di Penang. Di sini terdapat gerai dan penjaja yang menjual makanan dan juga barangan fizikal lain seperti cd, dompet, novel lama, kasut lama, barangan antik dan sebagainya.

Pantai di Pulau Pinang



DSC_9383
                            
                           Pantai Tanjung Bungah

Pantai Tanjung Bungah – Pantai peranginan yang popular di Penang untuk aktiviti seperti parasailing, main jet ski ataupun memandu ATV tepi pantai.
Pantai Batu Feringgi – Pantai peranginan di Pulau Pinang yang paling popular dan paling meriah dengan pelbagai tarikan aktiviti sukan air seperti jetski, parasiling atau banana bot. Pilihan chalet, resort dan hotel di sini juga banyak untuk mereka yang nakkan percutian yang santai tepi pantai di Penang.
Pantai Teluk Bahang – Sebuah pantai di bahagian pulau yang sesuai untuk aktiviti santai ambil udara pantai dan makan-makan petang. Ada juga aktiviti pantai seperti permainan jetski dan parasailing.
Pantai Monyet – Sebuah pantai yang bersih dan lebih privasi untuk aktiviti santai tepi pantai. Pengunjung boleh ke sini dengan menaiki bot di Jeti Teluk Bahang.
Pantai Kerachut – Terletak di Taman Negara dan untuk ke pantai ini pengunjung boleh menaiki bot di Jeti Teluk Bahang dan di sini juga terletak tempat pusat satuari penyu. Bagi yang suka adventure, anda boleh melalui denai hutan yang disediakan khas untuk pengunjung.

Mercu Tanda di Pulau Pinang



Kapitan-Keling-Mosque-41297
                             
                              Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling – Sebuah masjid ikonik di Pulau Pinang yang telah ada sejak tahun 1801 lagi. Senibina bangunan ini mempunyai pengaruh budaya Roman dan Timur Tengah. Masjid ini dulunya dibina untuk menampung masyarakat muslim terutamanya india muslim yang makin bertambah. Terletak tidak jauh dari Restoran Nasi Kandar Beratur.
Kek Lok Si Temple – Sebuah tokong di Georgetown yang menjadi kunjungan pelancong untuk melihat keunikan tempat keagamaan orang Buddha. Tokong ini sangat tinggi dan di kemuncak pengunjung boleh melihat beberapa statu patung buddha dan pagoda. Pemandangan bandaraya Georgetown dari puncak juga sangat menarik.
Masjid Terapung Tanjung Bugah – Bagi yang berada sekitar Pantai Tanjung Bungah, jangan lupa untuk bersolat di Masjid Terapung Tajung Bugah dan waktu terbaik untuk melihat masjid ini dalam keadaan terapung ialah ketika air laut sedang pasang.

sumber:Http://www.tidoq.com/senarai-tempat-menarik-di-pulau-pinang/




MAKANAN -MAKANAN YANG TERDAPAT DI PULAU PINANG

1 Nasi Kandar Line Clear
Jalan Penang, George Town




Tempat ini terletak di celah-celah lorong. Kedai yang kecil sahaja, tetapi nasi kandarnya cukup ‘kaw’!.
Restoran ini merupakan antara tempat makan nasi kandar wajib singgah di Pulau Pinang.




Lauk-pauk yang panas pasti menarik minat pelanggan untuk mengunjungi tempat ini.

#2 Nasi Kandar Beratur


Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town



Kedai makan ini betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling.



Kedai makan ini mula dibuka pada pukul 10 malam dan kalau anda datang tepat pada pukul 10 malam, alamat beratur panjang la sebab ramai orang datang nak menikmati nasi kandar bersama ayam ros yang enak. Memang nak suruh orang gemuk makan malam-malam huhu.


#3 Jeruk Madu Pak Ali
Kawasan Perindustrian IKS, Perda Tasek, Seberang Perai Selatan
Ibu-ibu mengandung yang mengidam jeruk pasti terliur apabila terlihat atau terhidu bau jeruk yang datang dari kedai Pak Ali ini. Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali ini telah dijalankan sejak tahun 1985 lagi.



Keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali ini ialah ianya menggunakan gula pasir dan ada tambahan madu lebah asli sebagai citarasa unik yang menjadikan ia Jeruk Madu. Ianya juga dihasilkan menggunakan cuka epal yang memang baik untuk kesihatan.
Jika makan Jeruk Madu Pak Ali ini, kita tidak akan batuk dan tidak sakit tekak ataupun tersedak seperti kebiasaan kita makan jeruk lain yang ada di pasaran.


#4 Hussain Pasembur
Padang Kota Lama Food Court



Antara gerai yang happening di Padang Kota Lama kerana susunan makanan yang pasti menarik minat pelanggan yang datang. Dibuka dari tengah hari sehingga pukul 1-2 pagi


Banyak pilihan seperti udang goreng, fishball, fishcake, isi ketam, sosej, sotong, tempe dan pelbagai lagi. Ditambah pula dengan kuahnya yang pedas-pedas manis dicampur dengan hirisan timun. Pergh memang menarik!


#5 Laksa Janggus
338, MK1, Kampung Perlis, Balik Pulau


Laksa Penang memang terkenal dikalangan rakyat Malaysia. Kalau kat Pulau Pinang ni, kedai Laksa Janggus lah yang terkenal sekali.


Kalau order Laksa Special ni, anda akan dapat rasakan kuahnya yang sering menjadi bualan ramai. Selain rasanya yang pekat, kuahnya juga dicampur dengan daun janggus yang memang menjadi trademark kedai tersebut.

#6 Char Kuey Teow Sungai Dua
Berdekatan susur keluar Lebuhraya Utara Selatan Sungai Dua


Tagline kedai ini “Telur Ayam Di Basuh”, sentiasa dipenuhi pengunjung. Ianya dibuka pada pukul 5 petang hingga pukul 3 pagi.



Terdapat tiga jenis masakan disini iaitu Char Kuew Tiaw Udang (kecil, besar dan special), Nasi Goreng Udang dan juga Udang Goreng Sepinggan. Harganya memang berpatutan. Ori Penang mari!


#7 Mee Goreng Sotong Hameed Pata
Food Court bersebelahan Fort Cornwallis, Padang Kota Lama


Antara tempat yang menyediakan mee goreng yang menarik di Pulau Pinang. Menu special di sini ialah Mee Goreng Sotong dan portionnya boleh tahan banyak.




Mee digoreng dan digaul dengan baik dengan perencah asli Hameed Pata. Sambal sotong nya pedas-pedas manis. Kepada yang tak tahan pedas tu boleh la add-on ais kacang atau coconut shake ye.
Macam mana semua? Tengok post ini pasti rasa lapar dan terus nak pergi Pulau Pinang kan? Semoga anda suka!


sumber: https://www.thevocket.com/7-tempat-makan-wajib-pergi-di-pulau-pinang/

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

1.


Fort Cornwallis – Kubu pertahanan lama ini terletak bersebelahan Padang Kota Lama merupakan satu destinasi yang cukup bersejarah di Penang di mana lokasi inilah yang menjadi tempat pendaratan Sir Francis Light pada tahun 1876. Kubu ini masih dalam keadaan yang baik dan tembok batu bata yang mengelilingi kawasan ini masih utuh berdiri. Di dalam kubu ini terdapat beberapa bangunan yang merupakan sebahagian daripada fungsi kubu ini seperti bilik simpanan serbuk sejata api, van tentera, meriam, gereja lama & rumah api.


2.





Rumah P. Ramlee – Di sinilah seniman agung tanah air yang banyak berbakti di dalam industri seni sekitar tahun 50-70 dilahirkan pada 22 Mac 1929. Rumah lama ini yang beratap nipah & berdinding kayu masih mengekalkan senibina & hiasan seperti rumah asalnya. Sebaik masuk ke dalam rumah ini sambil diiringi dengan lagu-lagu dendangan P. Ramlee anda akan melihat banyak informasi tentang kehidupan peribadi & perjalanan karier beliau.


3.


Taman Burung Penang – Terletak di kawasan Butterworth, taman burung ini dibahagikan kepada dua zon berbeza iaitu zon bersangkar & zon terbuka. Zon terbuka adalah di mana spesis-spesis burung jinak di lepaskan secara bebas dan pengunjung boleh berikteraksi secara langsung tanpa sempadan pagar. Zon bersangkar pula menempatkan spesis-spesis burung yang lebih agresif.


4.


Tokong Ular – Destinasi ini merupakan sebuah tokong yang terletak di Bayan Lepas. Walaupun ianya sebuah tempat ibadat orang Cina, namun sering menjadi kunjungan pelancong untuk melihat keunikan tokong ini di mana ular tidak berbisa seperti ular sawa dibiarkan secara bebas di pokok-pokok.


5.


Penang 3D Trick Art Museum – Sebuah galeri dalam bangunan 2 tingkat yang menempatkan lukisan mural 3D. Pengunjung boleh mengambil gambar dalam posisi tertentu untuk menjadikan hasil gambar menjadi seperti real. Pembantu yang bertugas akan membantu anda untuk mengambil gambar dengan cara & dari sudut yang betul.

sumber: https://www.caridestinasi.com/senarai-tempat-menarik-di-pulau-pinang/

PETA PULAU PINANG


http://www.rapidpg.com.my/journey-planner/route-maps/images/map.jpg