Pasar Malam Batu Feringgi – Sebuah pasar malam yang menjual pelbagai barangan cenderhati seperti keychain, pakaian, kraftangan dan sebagainya. Terletak di Batu Feringgi dan tidak jauh dari Pantai Tanjung Bungah. Satu tempat menarik di Pulau Pinang untuk shopping cenderahati sambil-sambil makan malam di sini.
Bazar Chowrasta – Popular sebagai tempat untuk membeli bahan makanan terutamanya asam dan jeruk-jeruk.
Pasar Pagi Stadium Negeri – Terletak di Jalan Stadium , pasar pagi ini seolah-olah seperti Memory Lane di Penang. Di sini terdapat gerai dan penjaja yang menjual makanan dan juga barangan fizikal lain seperti cd, dompet, novel lama, kasut lama, barangan antik dan sebagainya.
Pantai di Pulau Pinang
Pantai Tanjung Bungah – Pantai peranginan yang popular di Penang untuk aktiviti seperti parasailing, main jet ski ataupun memandu ATV tepi pantai.
Pantai Batu Feringgi – Pantai peranginan di Pulau Pinang yang paling popular dan paling meriah dengan pelbagai tarikan aktiviti sukan air seperti jetski, parasiling atau banana bot. Pilihan chalet, resort dan hotel di sini juga banyak untuk mereka yang nakkan percutian yang santai tepi pantai di Penang.
Pantai Teluk Bahang – Sebuah pantai di bahagian pulau yang sesuai untuk aktiviti santai ambil udara pantai dan makan-makan petang. Ada juga aktiviti pantai seperti permainan jetski dan parasailing.
Pantai Monyet – Sebuah pantai yang bersih dan lebih privasi untuk aktiviti santai tepi pantai. Pengunjung boleh ke sini dengan menaiki bot di Jeti Teluk Bahang.
Pantai Kerachut – Terletak di Taman Negara dan untuk ke pantai ini pengunjung boleh menaiki bot di Jeti Teluk Bahang dan di sini juga terletak tempat pusat satuari penyu. Bagi yang suka adventure, anda boleh melalui denai hutan yang disediakan khas untuk pengunjung.
Mercu Tanda di Pulau Pinang
Masjid Kapitan Keling – Sebuah masjid ikonik di Pulau Pinang yang telah ada sejak tahun 1801 lagi. Senibina bangunan ini mempunyai pengaruh budaya Roman dan Timur Tengah. Masjid ini dulunya dibina untuk menampung masyarakat muslim terutamanya india muslim yang makin bertambah. Terletak tidak jauh dari Restoran Nasi Kandar Beratur.
Kek Lok Si Temple – Sebuah tokong di Georgetown yang menjadi kunjungan pelancong untuk melihat keunikan tempat keagamaan orang Buddha. Tokong ini sangat tinggi dan di kemuncak pengunjung boleh melihat beberapa statu patung buddha dan pagoda. Pemandangan bandaraya Georgetown dari puncak juga sangat menarik.
Masjid Terapung Tanjung Bugah – Bagi yang berada sekitar Pantai Tanjung Bungah, jangan lupa untuk bersolat di Masjid Terapung Tajung Bugah dan waktu terbaik untuk melihat masjid ini dalam keadaan terapung ialah ketika air laut sedang pasang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan