1.
Fort Cornwallis – Kubu pertahanan lama ini terletak
bersebelahan Padang Kota Lama merupakan satu destinasi yang cukup bersejarah di
Penang di mana lokasi inilah yang menjadi tempat pendaratan Sir Francis Light
pada tahun 1876. Kubu ini masih dalam keadaan yang baik dan tembok batu bata
yang mengelilingi kawasan ini masih utuh berdiri. Di dalam kubu ini terdapat
beberapa bangunan yang merupakan sebahagian daripada fungsi kubu ini seperti
bilik simpanan serbuk sejata api, van tentera, meriam, gereja lama & rumah
api.
2.
Rumah P. Ramlee – Di sinilah seniman agung tanah air yang banyak berbakti di dalam industri seni sekitar tahun 50-70 dilahirkan pada 22 Mac 1929. Rumah lama ini yang beratap nipah & berdinding kayu masih mengekalkan senibina & hiasan seperti rumah asalnya. Sebaik masuk ke dalam rumah ini sambil diiringi dengan lagu-lagu dendangan P. Ramlee anda akan melihat banyak informasi tentang kehidupan peribadi & perjalanan karier beliau.
3.
Taman Burung Penang – Terletak di kawasan Butterworth, taman burung ini dibahagikan kepada dua zon berbeza iaitu zon bersangkar & zon terbuka. Zon terbuka adalah di mana spesis-spesis burung jinak di lepaskan secara bebas dan pengunjung boleh berikteraksi secara langsung tanpa sempadan pagar. Zon bersangkar pula menempatkan spesis-spesis burung yang lebih agresif.
4.
Tokong Ular – Destinasi ini merupakan sebuah tokong yang terletak di Bayan Lepas. Walaupun ianya sebuah tempat ibadat orang Cina, namun sering menjadi kunjungan pelancong untuk melihat keunikan tokong ini di mana ular tidak berbisa seperti ular sawa dibiarkan secara bebas di pokok-pokok.
5.
Penang 3D Trick Art Museum – Sebuah galeri dalam bangunan 2 tingkat yang menempatkan lukisan mural 3D. Pengunjung boleh mengambil gambar dalam posisi tertentu untuk menjadikan hasil gambar menjadi seperti real. Pembantu yang bertugas akan membantu anda untuk mengambil gambar dengan cara & dari sudut yang betul.
sumber: https://www.caridestinasi.com/senarai-tempat-menarik-di-pulau-pinang/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan